Jumat, 25 Desember 2009

SAHABAT DAN FATIMAH

ada seorang kanak-kanak perempuan yang belajar di tadika di perancis. suatu hari gurunya bertanya kepada pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut tentang cita-cita mereka, apa yang mereka ingin jadi bila besar nanti atau apa impian mereka. lantas ramailah yang menyebut pekerjaan seperti doctor, arkitek, engineer dan macam-macam lagi. apabila sampai giliran anak kecil itu, dijawabnya ingin menjadi sahabat. gurunya pelik dengan jawapan anak kecil yang bertudung itu. hanya itu anak muridnya yang memakai tudung kerana dia beragama Islam. lalu guru itu bertanya lagi namun jawapannya tetap sama. keliru dan bingung dengan jawapan itu, lantas si guru menelefon ibu si anak.

guru : puan, anak puan ini amat pelik. apabila saya bertanyakan tentang cita-cita dia, dia mengatakan ingin menjadi sahabat. apakah itu?

ibu : oh, beginilah. cikgu boleh datang ke rumah saya pada malam esok dengan suami cikgu. suami saya akan terangkan kepada cikgu.

lalu pada malam keesokannya, si guru pergi ke rumah anak itu. ayah si anak menceritakan siapakah itu sahabat dan segalanya tentang Islam kepada pasangan tersebut. akhirnya kedua-dua mereka memeluk Islam.

>> ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku di Perancis suatu ketika dulu. cuba kalian lihat, disebabkan keimanan dan kefahaman yang teguh oleh si anak, maka ada yang tertarik dan memeluk Islam. inilah anak yang lahir dalam suasana keislaman di mana dunia diajar untuk tidak diutamakan berbanding akhirat. di sini aku bawakan lagi satu contoh kisah benar yang berlaku tahun lepas si Sabah...

anak itu bernama Fatimah. dia berumur 10 tahun. dirumahnya itu, bekalan air sukar didapati dan mereka terpaksa mengangkut air dari suatu tempat jika ingin mandi atau membasuh dan melakukan kerja harian yang lain. suatu hari ada beberapa orang menumpang dirumahnya. jika tetamunya ingin menggunakan air, dengan senangnya Fatimah akan mengangkut air untuk kegunaan mereka tanpa dipaksa atau disuruh. bicaranya, biar saya lakukan mak cik...

pada waktu malam salah seorang tetamunya melihat Fatimah memakai baju cantik yang bersih, berbeza dengan waktu siangnya. lantas ditanya,

tetamu : Fatimah, kenapa kamu pakai baju cantik-cantik pada malam hari sedangkan pada siang hari pakaian kamu tidak cantik? kenapa tidak dipakai baju cantik pada siang hari dan baju biasa-biasa saja pada malam hari? bukankah siang hari ramai yang melihat dan malam hari tiada yang melihat?

anak itu tersenyum.

fatimah : mak cik, kalau saya pakai baju cantik pada malam hari...ramai yang akan memandang saya, saya tidak mahu. nanti riak pula. kalau malam hari, tiada yang melihat saya. saya bebas memakai baju cantik.

>> inilah kisah anak-anak yang lahir dalam suasana kekeluargaan yang penuh ketaatan, hinggakan walaupun masih kecil mereka sudah mengerti tentang Islam dan paling penting mengamalkannya dalam hidup mereka. wallahua'lam...

[kurniakan aku cinta orang yang mencintaiMu Allah, agar keluargaku tetap dalam kecintaan terhadapMu]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar